Dasar Privasi

Kami bertanggungjawab untuk melindungi privasi anda dan memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi. Oleh itu, kami akan memastikan bahawa dasar dan amalan kami berkaitan dengan data peribadi mematuhi keperluan undang-undang perlindungan data peribadi Malaysia (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010).

Pengumpulan Data Peribadi

Data peribadi ini diperolehi apabila anda mendaftar diri sebagai pelanggan MedMiy.

Data peribadi anda akan dikumpul dan digunakan oleh MedMiy untuk tujuan-tujuan berikut:

  1. Pendaftaran akaun pengguna
  2. Tujuan pentadbiran atau operasi
  3. Jualan dan promosi

Data peribadi anda tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa keizinan anda.

Data Peribadi

Maklumat peribadi yang dikumpul oleh kami mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:

  1. Nama, Umur, Jantina, Tarikh Lahir;
  2. Bangsa, Kewarganegaraan dan Nombor Kad Pengenalan / Nombor Pasport;
  3. Maklumat perhubungan termasuk Alamat Rumah, Nombor Telefon dan Alamat Emel;

Kegagalan untuk mendapatkan data peribadi anda mungkin menyukarkan kami untuk memberikan anda kemas kini mengenai servis yang kami sediakan, notis, dan promosi terkini.

Pendedahan Data Peribadi

Kami akan sentiasa memastikan bahawa data peribadi anda dijaga dengan rahsia. Walau bagaimanapun, data peribadi anda mungkin perlu didedahkan kepada pihak-pihak berikut:

  1. Mana-mana pihak yang dikehendaki di bawah sebarang undang-undang atau badan kerajaan atau pihak berkuasa.
  2. Mana-mana syarikat induk kami, anak syarikat, afiliasi, wakil dan cawangan di mana jua bidang kuasa MedMiy Services.
  3. Mana-mana rakan kongsi perniagaan MedMiy yang menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda.
  4. Mana-mana agensi kerajaan, pihak berkuasa statutori dan pengawal selia industri sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
  5. Mana-mana penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh MedMiy Services berkaitan dengan program yang dianjurkan oleh syarikat untuk tujuan penghantaran, penebusan hadiah dan perkhidmatan.

Kumpulan MedMiy Services akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh masa yang ditetapkan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.

Jaminan Keselamatan Data Peribadi

Kami akan menyimpan dan memproses data peribadi anda dalam keadaan yang selamat tanpa unsur-unsur pencerobohan. Kami akan berusaha untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda dengan melaksanakan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang sesuai mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan untuk menghalang pemprosesan data yang tidak sah, kehilangan data secara kebetulan atau kerosakan kepada maklumat data.

Akses dan Pembetulan

Kami bersedia membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang ada dalam simpanan kami. Jika anda ingin mengakses, membetulkan, memadam atau mengemas kini sebarang data peribadi anda bersama kami, anda boleh:

  1. Meninjau penggunaan data peribadi anda oleh kami.
  2. Meminta pembetulan sebarang data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini.
  3. Meminta penjelasan tentang dasar dan prosedur berkaitan dengan data peribadi yang anda berikan kepada kami.
  4. Meminta kami untuk berhenti memproses data peribadi anda untuk tujuan pemasaran.
  5. Meminta kami membatasi pemprosesan data peribadi anda termasuk membatasi akses kepada pihak tertentu.
  6. Memaklumkan kepada kami penarikan semula kebenaran yang sebelumnya telah diberikan tertakluk kepada apa-apa peraturan yang terpakai, terma kontraktual dan kerangka masa yang munasabah untuk penarikan kebenaran tersebut.

Tanggungjawab Individu Berkenaan dengan Data Peribadi

Anda bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan kepada kami mengenai diri anda dan orang lain yang anda berikan kepada kami serta memberitahu kami jika terdapat sebarang maklumat yang perlu dikemas kini, tidak lengkap atau tidak betul.

Perjanjian

Kebenaran anda kepada pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda adalah seperti yang dijelaskan di sini dan mungkin berubah dari masa ke masa, sehingga anda memberitahu kami sebaliknya.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permintaan, atau ingin membuat sebarang permohonan berkaitan dengan maklumat peribadi atau data anda, sila hubungi kami melalui panggilan telefon atau e-mel.

Nombor Hubungan: +60176781722
E-mel: admin@medmiy.com

Scroll to Top